Saya dapat 1 email dari seorang kawan baru-baru ini dan saya pasti mesti ramai orang pernah dapat email camni atau some sort of that email. Email tu diattached seperti di bawah ni:
ANDA BOLEH MENYERTAI PROGRAM INI DAN KAMI AKAN MEMBIMBING ANDA UNTUK MENDAPATKAN RM9,000 SEBULAN TANPA SEBARANG RISIKO!!! BUKAN MLM, JUAL SAHAM, PELABURAN, SKIM PIRAMID ATAU SKIM CEPAT KAYA!!!
Perolehi Pendapatan Lumayan RM2,000 – RM3,000 Sebulan (SAMBILAN) atauRM4,500 – RM9,000 Sebulan (SEPENUH MASA)klik di sini:
Pihak pengurusan Datasysterm menawarkan anda untuk bekerja secara sambilan atau sepenuh masa melalui program urusniaga yang kami jalankan dan seharusnya tidak dilepaskan untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan seharian anda.
Pekerjaan ini merupakan satu bantuan kepada mereka yang memerlukan wang. Kaedah yang kami jalankan begitu terancang dan teliti supaya anda boleh menerima pendapatan berterusan. Program pekerjaan ini sangat baru di rantau ini tetapi tidak di negara Barat. Tidak kira di mana anda berada, anda boleh melakukannya tanpa membebankan mana-mana pihak. Boleh dimulakan serta merta menerusi panduan kerja yang dibekalkan dan mudah dikendalikan. Dimana sahaja ada talian internet, anda boleh lakukan kerja ini.
Mudah sahaja, cuma perlu menghantar email dan anda akan dibayar.klik di sini:
Cybercafe, pejabat, sekolah atau rumah, terpulang pada anda. Kejayaan anda dapat dinilai menerusi faedah-faedah yang diperolehi seperti:
#Pendapatan secara mingguan/bulanan
#Gandaan pendapatan melalui tumpuan dan kesungguhan
#Memperolehi pendapatan seperti yang dimahukan
#Jaminan pendapatan yang diiktiraf bagi memenuhi setiap impian.
Sila ikuti kandungan program pekerjaan yang ditawarkan. Buatlah penilaian yang bijak dan berfikirlah dengan positif kerana berfikiran akan mengubah diri anda ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
“Sesungguhnya ramai yang telah meraih pendapatan lumayan melalui program yang kami tawarkan ini dan dijamin 100% anda akan berjaya seperti mereka. Dengan syarat anda ikut jalan yang mereka tempuhi.”
Perolehi Pendapatan Lumayan RM2,000 – RM3,000 Sebulan (SAMBILAN) atauRM4,500 – RM9,000 Sebulan (SEPENUH MASA)klik di sini:
Satu Program PENDAPATAN UNIK Yang Sangat Menarik Dan Menakjubkan Hanya Dari Rumah Atau Dari Mana Saja Terdapat Akses Internet. Memperolehi RM 30.00 bagi setiap Risalah Perniagaan Yang Anda Email Kepada Pelanggan Kami. Mudah Dilakukan.
Anda boleh mendapat wang sebanyak RM2,000-RM3,000 sebulan, hanya secara separuh masa. Bayangkan jika anda berbuat demikian secara sepenuh masa. Anda boleh menarik nafas lega dengan berakhirnya permasalahan berat dalam kewangan anda.
Jika anda sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan dan sanggup menerima pendapatan RM9,000 sebulan tanpa meninggalkan kerjaya anda sekarang, maka di sinilah jawapannya. Kami berani berkata ramai telah menerima pendapatan RM400.00++ setiap hari selepas sebulan mendaftar jadi ahli kami, menggunakan kaedah yang yang diajarkan.
Di sini, anda bekerja di bawah bimbingan kami tetapi di atas kehendak dan kemahuan anda sendiri.
Berapakah wang yang anda inginkan untuk seminggu?
RM550? RM800? RM1,000 atau RM2,500?klik di sini:
Usaha andalah yang akan menentukannya! Anda bebas buat pilihan untuk menerima wang yang anda inginkan.
Untuk pengetahuan anda, mengikut statistik terkini terdapat 9,700,000 pengguna internet di Malaysia sama ada berdaftar atau tidak dan lebih 800,000,000 pengguna internet di seluruh dunia. Jumlah ini sudah cukup besar dan makin bertambah dari hari ke hari. Tidakkah anda melihat peluang menjana pendapatan di sini?
Sertai sekarang program kami yang sungguh mudah ini!!! Anda boleh mendapat pendapatan sehingga RM9,000 sebulan!!! Bagaimana?
Katakan anda menghantar 10 e-mail satu hari. Anda boleh mendapat RM300.00 sehari
Jadi, anda boleh mendapat RM9,000 sebulan
**Ini cuma dengan menghantar 10 e-mail, bayangkan jika anda menghantar 50 e-mail sehari. Anda boleh menjana RM1500 sehari, iaitu RM45,000 sebulan!!!SUNGGUH MUDAH!!!
“TIADA UNSUR-UNSUR PENIPUAN, SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.” TERBUKA
KEPADA SEMUA BANGSA, WARGA MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI DAN
INDONESIA. SESIAPA SAHAJA BOLEH MELAKUKANNYA!!!klik di sini:
Bukannya MLM, jual saham, pelaburan, skim piramid atau skim cepat kaya. Anda akan mendapat wang yang teramat lumayan jika anda mengikuti segala panduan secara langkah demi langkah seperti yang tertulis di dalam buku panduan yang akan diberikan kepada anda.
BAGAIMANA ANDA DIBAYAR? : TERUS KE AKAUN BANK ANDA
BAGAIMANA MENYERTAI PROGRAM INI?Untuk anda menyertai program ini, kami hanya memerlukan yuran pendaftaran sekali bayar sahaja.Yuran Pendaftaran: RM50 SAHAJA!!!
Tawaran ini TAMAT tepat pada 12 malam 15 MAC 2008
Kami akan mengenakan bayaran sebanyak RM250 mulai 16 MAC 2008
**ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR RM50 SEKALI SEUMUR HIDUP DAN ANDA AKAN MULA MENJANA WANG YANG SANGAT LUMAYAN SELEPAS ANDA MENYERTAI PROGRAM INI.
Wang Pendaftaran yang kecil ini memastikan anda bersedia untuk bekerja sendiri dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan hanya pencari peluang yang ingin tahu sahaja. Reputasi kami telah lama terbukti dalam pasaran offline. Lihat saja iklan kami di Bacaria, Mingguan Wanita, Mingguan Misteri dan akhbar tabloid lain, kami mengiklan berterusan, ini bermakna syarikat kami telah lama berkecimpung dalam home bisnes, stabil dan kukuh kewangannya. Kami bersedia membantu anda.
Wang pendaftaran (RM50) akan anda perolehi kembali dalam jumlah tiga kali ganda (RM150) selepas anda menghantar lima (5) risalah yang pertama mengikut panduan. Seterusnya anda akan menerima RM30 untuk setiap risalah yang diproses sepanjang yang dikehendaki.
Anda akan menerima sebuah E-book Panduan Program dalam masa 24 jam selepas anda mendaftar. Anda hanya perlu mengikuti panduan, mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan dengan teliti. Mudah! Ebook panduan program 100% dalam Bahasa Melayu dan begitu praktikal bukannya motivasi semata-mata. Arahan dan panduan yang kami berikan adalah jelas, terang dan mudah difahami.
Format kami telah terbukti berjaya dan maklum balas yang diperolehi setakat ini menunjukkan anda boleh memperolehi sekurang-kurangnya RM200 sehari. Semua ahli yang menyertai program ini diberi jaminan bahawa mereka tidak akan mengirimkan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang. Anda boleh bekerja sebanyak mana menurut kemahuan sendiri. Sekarang anda adalah BOSS pada diri sendiri dan PEKERJA kepada perniagaan home bisnes anda.MULAKAN SEKARANG!klik di sini:
Kami berharap penjelasan dan penerangan yang diberikan adalah jelas, terang dan mudah difahami. Kami memerlukan anda menyediakan wang sebanyak RM50.00 SAHAJA sebagai yuran pendaftaran untuk:
1. # Mendaftar, membuka dan mengurus fail peribadi anda.2. # Perbelanjaan pengendalian para ahli.3. # Sebagai cagaran barangan kami yang mempunyai nilai hak cipta yang tinggi.klik di sini:
Ini adalah perlu bagi penyusunan kerja yang lengkap dari rumah dan kami terpaksa mengenakan bayaran yang kecil. Harga ini adalah murah berbanding dengan nilai harga barangan yang akan kami kirimkan. Mulakan langkah pertama ke arah bekerja sendiri dalam keselesaan rumah.
Buku panduan boleh anda download di laman web kami selepas pembayaran anda diterima dan proses pendaftaran selesai dalam masa 24 jam. Selepas itu anda sudah boleh mula bekerja sendiri. Dengan arahan yang mudah difahami, padat serta tepat, anda boleh menjalankan tugas pada hari yang sama dan seterusnya menerima pembayaran serta-merta! Kami sanggup memberi jaminan asalkan anda dapat menurut segala panduan serta arahan dalam buku panduan yang telah diberikan.
Bila dah baca semua isi kandungannya & setelah diteliti saya dapati ianya lebih kurang macam affiliate program yang sekarang rancak di internet. Ianya lebih kurang macam member-get-member program & setiap kali dapat member baru anda akan dibayar some amount of money. Bila anda join group tu biasanya diorang akan bekalkan anda dengan panduan & tools on how to work the program. Saya pernah join program macam ni & kalau kena caranya anda memang akan dapat pulangan. Mungkin lebih dari yang anda sangkakan. Yang penting follow panduan yang telah diberi.
Ada juga orang kata program macam ni menipu tapi tidak sebenarnya kerana bila anda join the program, panduan yang diberi itu bukan untuk program terrsebut sahaja tetapi kalau anda bijak menggunakan maklumat-maklumat yang diberi anda boleh mencipta program anda sendiri dan dapat membantu anda dalam membina perniagaan internet. Terutama sekali dalam aspek pemasaran which is very crucial for internet business. Kalau tak boleh market, macam mana orang nak beli produk kita? That is why pemasaran adalah sangat penting dalam semua jenis perniagaan.
Jadi, pandai-pandailah menilai setiap program yang ditawarkan kepada anda. Ingat! Bukan semua program itu menipu tetapi memang ada orang yang tidak jujur dalam hal ini. Lebih-lebih lagi semua transaksi dilakukan secara online / virtual.
Posted in Uncategorized | Tagged affiliate, duit, internet, online, virtual | Leave a Comment »
Surah Al-Kahfi; ayat 105
‘Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia (Allah), maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.’
Surah Al-Kahfi; ayat 106
‘Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.’
Di dalam Surah Al-Kahfi ini ada menyatakan ciri-ciri orang kafir iaitu orang yang tidak mengendahkan perintah-perintah Allah di dalam Al-Quran, tidak menghiraukan ajaran rasul-rasul-Nya, tidak percayakan hari kiamat itu benar dan juga menperolok-olokkan Al-Quran dan rasul-rasul Allah.
Semoga kita tidak tergolong di kalanganorang yang disebutkan di atas. Amin….
Marilah kita lebih menghayati isi Al-Quran. Tiada guna kita membaca Al-Quran siang dan malam tanpa mengetahui makna setiap perkataan yang dibaca itu. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk.
Kita selalu tengok orang Arab yang masuk perrtandingan tilawah al-quran tak pernah jadi johan. Padahal bahasa Arab tu bahasa diorang. Tapi baca Al-Quran tak sesedap orang Malaysia yang boleh dikatakan tiap-tiap tahun jadi johan tilawah. Inilah sebabnya. Sebab diorang tu faham apa yang diorang baca. Orang Malaysia baca Al-Quran berlagu-lagu. Macam baca syair. Padahal Nabi Muhammad dah bagitahu yang Al-Quran bukanlah sebuah syair. Ia adalah petunjuk.
Jadi mulai hari ini saya rasa semua orang patut beli Al-Quran yang ada terjemahannya. Lagi bermakna kita baca Al-Quran bila kita faham apa yang dibaca. InsyaAllah….
Posted in Uncategorized | Tagged al-quran, kafir, kufur, terjemahan, tilawah | Leave a Comment »
Allah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian alam. Hari ni kita nak bincang tentang Jin. Ada orang kata jin ni ada yang baik, dan ada yang jahat. Saya rasa nak share satu perkara yang satu jumpa dalam Al-Quran yang saya rasa semua orang patut tahu. Ianya adalah ayat ke-50 dari Surah Al-Kahfi.
Surah Al-Kahfi; ayat 50:
‘Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim’
Ayat ini dah jelas mengatakan yang jin itu adalah se-keturunan dengan iblis. Dalam Al-Quran juga ada menyatakan yang iblis/syaitan sudah meminta kebenaran dari Allah untuk menyesatkan umat manusia di muka bumi ini. Maka sudah jelas memang tiada jin yang baik dalam dunia ini.
Jika anda mempunyai pendapat anda, boleh la share dengan saya.
Posted in Tazkirah | Tagged al-quran, iblis, syaitan | Leave a Comment »
Sejak berhenti kerja a few months ago saya selalu fikir nak buat apa kat rumah selain makan, tengok tv & tidur. So saya rajin2 kan diri surf internet & I found that ramai jugak orang minat buat cup cakes. Untuk mengisi masa lapang, saya download recipes from the net, beli peralatan buat kek & try buat yang simple2 dulu. First time tak jadi sangat.
After the second time I rasa seronok pulak. So after that saja je promote kat friends & family member. Alhamdulillah, so far dah dapat a few order & the feedbacks really make me happy & I plan nak teruskan usaha ni. Mana tau satu hari nanti boleh buka bakeri. InsyaAllah.
p/s: some of the gambar sample I dah upload & see for urself. Kalau ada petua ke, resepi best ke boleh la share.. : )
Posted in Hobbies | Tagged cup cake, hobi | 2 Comments »
Dalam dunia moden tidak dapat dinafikan wang adalah kayu pengukur penting terhadap seseorang. Bukan orang dewasa saja yang mementingkan wang tapi kanak-kanak juga dah pandai main duit sekarang ni. Jadi tidak dapat dinafikan duit memainkan peranan penting dalam kehidupan sekarang ini.
Kita selalu fikir kenapa kita tak boleh kaya macam si mamat tu. Nak kata hensem tak juga. Tapi dia tu buat apa saja mesti mendatangkan duit. Itu yang musykil tu.
Yang sebenarnya, semua itu ada dalam diri kita. Bak kata orang putih ‘it’s all in our mind’.
Sebagai contoh, kalau kita nak berniaga burger tapi kita sendiri rasa was-was. Ada ke orang nak beli burger ni? Sedap ke? Aku dah la tak pernah buat burger yang best pun. Selama ni pun beli kat gerai depan rumah.
Cuba perhatikan semua statement kat atas tu. Semuanya statement yang negatif kan. Kalau dah semua negatif camana nak dapat untung yang banyak. Macam mamna orang nak yakin dengan kita sedangkan kita sendiri pun tak yakin dengan apa yang kita buat.
Tak dinafikan semua ni ada dalam diri setiap orang. Ini yang dikatakan subconscious mind atau minda separa sedar. Ia dipanggil separa sedar kerana tanpa kita sedari kita memberitahu diri kita sendiri untuk membuat sesuatu. Kita tak payah nak cakap kuat-kuat. Dengan berkata-kata di dalam hati pun dah cukup.
Affirmations
Jadi langkah pertama untuk menjadi kaya adalah kita mesti beritahu diri kita yang kita akan jadi kaya suatu hari nanti. Lebih baik lagi kalau kita tentukan time frame dan ini perlu dilakukan setiap hari. Sebagai contoh, anda nak jadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Jadi, setiap pagi selepas bangun tidur, anda akan beritahu diri anda yang anda akan jadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Apabila anda ulang perkara ini setiap hari dan menjadi tabiat tanpa anda sedari setiap perkara yang dilakukan akan menjuruskan anda untuk menjadi jutawan. Tapi harus diingat, jika ia tidak datang dalam bentuk wang tunai, ia mungkin datang dalam bentuk harta benda.
Seelok-eloknya we begin small dulu. Katakan bagi anda yang bekerja tapi setiap bulan mesti tak cukup. Jadi beritahu diri anda yang anda akan dapat extra Rm500 pada setiap hujung bulan mulai bulan depan. Kadang-kadang anda pun tak tahu macam mana boleh dapat duit tu. Tapi percayalah ia akan datang kepada anda dalam bentuk yang tak disangka-sangka. Yang penting kita mesti yakin dengan apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh Alia, dia seorang businesswoman. Baru buka kedai 2 bulan tapi apa yang diimpikan tak menjadi. Pelanggan takde langsung. Satu hari dia terbaca mengenai subconscious mind dan setiap hari dia beritahu diri dia yang setiap bulan dia akan dapat untung sebanyak RM10,000. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan dia dapat apa yang diimpikan.
Tabiat ini boleh digunakan oleh semua orang lebih-lebih lagi orang yang dah tak sabar nak kaya. Mulakan hari ini. Harus diingat juga kalau di awal-awal anda tidak dapat apa yang diimpikan atau rugi bertambah-tambah, ingatlah Allah itu Maha Penyayang. Mungkin Allah bagi rugi hari ini sikit sebab Allah nak bagi rezeki yang melebih-lebih lagi di masa akan datang.
Jadi cuba lah hari ini dan ingat semua rezeki adalah dari Allah. Yang penting adalah usaha kita. Wassalam.
Posted in Pskologi | Tagged duit, kaya, minda separa sedar, orang kaya, subconscious mind, wang | Leave a Comment »
Di sini saya nak kongsi satu perkara yang saya rasa most of us should know and practise.
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengeli lin gi orang yang tengah nazak den gan ma sin g2 membaca surah Ya sin , den gan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah den gan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ den gan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Ya sin – yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Ya sin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Ya sin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila ha illallah”lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan den gan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.
Amiin.
Pan jan g2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama
Wassalam
Posted in Tazkirah | Leave a Comment »
Assalamualaikum,
Esok, 13 Sept 2007, umat islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua mereka berada.
Di bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah dan istiqamah. Masa inilah masa untuk kita menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbanyakkan pahala.
Satu perkara yang saya perasan dan saya rasa semua orang pun pernah rasa apa yang saya rasa ialah biasanya kita ni awal-awal puasa bersungguh-sungguh nak semayang tarawikh la, nak banyak sedekah la, nak kurangkan mengumpat la. Tapi kan biasanya benda tu akan makin dilupakan bila masuk minggu kedua puasa. Especially bab-bab yang berkenaan dengan mulut (mengumpat la tu). Kadang-kadang tu tak perasan. Bila dah abis kutuk orang baru perasan ‘alamak, puasa la’. Kadang-kadang tu perasan tapi sebab ikutkan hati yang marah sangat sampai sanggup buat macam tak perasan. Kalau ada sesapa yang baca ni terasa minta maaf la sebab saya lebih kepada mengingatkan diri sendiri.
Kita semua tahu masa bulan Ramadhan ni semua syaitan kena belenggu. Tapi kenapa ada gak kes-kes seperti pembunuhan, maksiat, kecurian, etc? Ni semua disebabkan kita ada nafsu. Bak kata ustazah saya, bila syaitan takde nafsu ni boleh mendorong kita untuk bertindak lebih teruk lagi berbanding masa syaitan tak dibelenggu. Dahsyat kan.
Saya teringat cerita yang ustaz cerita masa tarawikh tadi. Ada satu kes ni parents dia pegi semayang tarawikh kat surau yang dekat dengan rumah dia. Kira kalau imam semayang pakai microphone boleh dengar sampai kat rumah dia la. Bila parents dia balik dari surau tengok ramai orang kat depan rumah. Mak dia pun panik la. Rupa-rupanya, anak dia kena tangkap basah. Anak dia ni lelaki. Siap ada adegan nak terjun tingkap la. Kononnya nak lari. Yang tak bestnya bukan perempuan yang nak lari tapi yang lelaki. Hampeh betul lelaki jenis camtu.
Jadi, di bulan Ramadhan ini saya ingin menyeru kepada semua dan juga diri saya sendiri terutamanya untuk banyak-banyak bersabar dan mengawal nafsu. Bulan Ramadhan datang cuma sekali saja dalam setahun jadi gunakanlah peluang ni sebaik-baiknya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.
Selamat Menyambut Ramdhan al-Mubarak. : )
Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

