Kita dah hampir dengan bulan puasa and lepas raya. Masa ni mesti semua dah sibuk tempah baju raya, dah kira-kira berapa banyak duit raya kena keluar, berapa jenis kuih raya nak letak atas meja nanti, tahun ni nak beraya kat mana especially to those yang dah kawin, etc…etc… And concern yang paling besar adalah pasal duit.
Bila cerita pasal duit ni banyak kita dengar orang mengeluh pasal duit. Ada yang nak duit express, ada yang nak dok goyang kaki je tapi duit masuk and ada juga yang sanggup bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tu semua adalah pilihan masing-masing dan pandai-pandailah nak menimbangkan apa yang elok dan tidak.
There are a lot of ways to make money. Hari ni I nak citer pasal unit trust. Bila sebut pasal unit trust pasti ada yang pernah dengar & tahu, ada yang pernah dengar but tak tahu and ada juga yang tak pernah and tak tahu langsung. Unitt trust sama je cam kita invest kat ASB atau ASW atau yang sewaktu dengannya. And ada banyak unit trust company yang provide the service.
First, I nak citer kelebihan unit trust dari investors point of view. Sebagai pelabur, bila kita invest in unit trust kita boleh simpan duit untuk masa depan. Perlu diingatkan unit trust ni untuk jangka masa sederhana dan panjang (mid and long term). Basically, kalau ada duit yang memang tak digunakan lagi buat masa ni lebih baik kita invest dalam unit trust sbb pulangannya lebih tinggi berbanding fixed deposit atau simpanan biasa.
Cara nak melabur juga ada 2 cara. Pertama, menggunakan tunai dan yang kedua menggunakan simpanan di KWSP. Cara yang pertama memang paling senang. Biasanya minimum investment adalah RM1,000 tapi ada juga yang benarkan minimum RM 500. Bila dah ada duit yang cukup kita berjumpa dengan Unit Trust Consultant (UTC) dan UTC akan uruskan semuanya. Di sini perlu ditekankan supaya anda berjumpa dengan UTC yang berdaftar agar duit anda selamat dan tidak tertipu.
Cara yang kedua juga tak begitu susah. Kepada mereka yang nak menggunakan simpanan KWSP mereka, syarat pertama adalah akaun 1 mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM55,000 kerana dari amun tersebut RM50,000 mesti ditinggalkan dalam akaun tersebut dan cuma 20% dari baki boleh dilaburkan. Dari contoh ini, cuma RM1,000 boleh digunakan which is 20% x (RM55,000 – RM50,000) = RM 1,000. Ini juga tertakluk kepada approval dari KWSP. Jika semuanya berjalan lancar transaksi ini akan berjaya dalam masa 2 minggu.
Contoh: KWSP
RM100,000
Akaun 1 (70%) Akaun 2 (30%)
RM70,000 RM30,000
- RM50,000
= RM20,000 x 20% = RM4,000 (boleh dilaburkan)
Selepas semuanya selesai, pelabur akan menerima statement yang menyatakan berapa amaun yang dilaburkan, berapa harga seunit, berapa jumlah unit yang dibeli dan beberapa maklumat penting lain. Seperti yang dikatakan tadi bahawa unit trust ini adalah simpanan jangka panjang jadi lebih lama duit itu dilaburkan lebih banyak untung boleh dijanakan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu jaminan kerana semua bentuk pelaburan ada risiko-risiko yang tersendiri.
Dari Unit Trust Consultant point of view pula, kita dapat menjana pendapatan kita mengikut kehendak kita sendiri. Ini boleh dibuat secara sepenuh masa atau part time. Ianya seperti bisnes kita sendiri. Jika kita mahukan banyak komisen maka kita kena gandakan usaha kita setimpal dengan apa yang kita mahu. Yang penting keinginan untuk melakukannya dan jadi UTC yang sah dan berdaftar.
Setakat ini saja untuk kali ini. To those yang interested boleh contact me or kalau ada sebarang pertanyaan pun boleh juga.
Salam sayang dari saya.