Assalamualaikum,
Esok, 13 Sept 2007, umat islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira di mana jua mereka berada.
Di bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah dan istiqamah. Masa inilah masa untuk kita menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbanyakkan pahala.
Satu perkara yang saya perasan dan saya rasa semua orang pun pernah rasa apa yang saya rasa ialah biasanya kita ni awal-awal puasa bersungguh-sungguh nak semayang tarawikh la, nak banyak sedekah la, nak kurangkan mengumpat la. Tapi kan biasanya benda tu akan makin dilupakan bila masuk minggu kedua puasa. Especially bab-bab yang berkenaan dengan mulut (mengumpat la tu). Kadang-kadang tu tak perasan. Bila dah abis kutuk orang baru perasan ‘alamak, puasa la’. Kadang-kadang tu perasan tapi sebab ikutkan hati yang marah sangat sampai sanggup buat macam tak perasan. Kalau ada sesapa yang baca ni terasa minta maaf la sebab saya lebih kepada mengingatkan diri sendiri.
Kita semua tahu masa bulan Ramadhan ni semua syaitan kena belenggu. Tapi kenapa ada gak kes-kes seperti pembunuhan, maksiat, kecurian, etc? Ni semua disebabkan kita ada nafsu. Bak kata ustazah saya, bila syaitan takde nafsu ni boleh mendorong kita untuk bertindak lebih teruk lagi berbanding masa syaitan tak dibelenggu. Dahsyat kan.
Saya teringat cerita yang ustaz cerita masa tarawikh tadi. Ada satu kes ni parents dia pegi semayang tarawikh kat surau yang dekat dengan rumah dia. Kira kalau imam semayang pakai microphone boleh dengar sampai kat rumah dia la. Bila parents dia balik dari surau tengok ramai orang kat depan rumah. Mak dia pun panik la. Rupa-rupanya, anak dia kena tangkap basah. Anak dia ni lelaki. Siap ada adegan nak terjun tingkap la. Kononnya nak lari. Yang tak bestnya bukan perempuan yang nak lari tapi yang lelaki. Hampeh betul lelaki jenis camtu.
Jadi, di bulan Ramadhan ini saya ingin menyeru kepada semua dan juga diri saya sendiri terutamanya untuk banyak-banyak bersabar dan mengawal nafsu. Bulan Ramadhan datang cuma sekali saja dalam setahun jadi gunakanlah peluang ni sebaik-baiknya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.
Selamat Menyambut Ramdhan al-Mubarak. : )