Dalam dunia moden tidak dapat dinafikan wang adalah kayu pengukur penting terhadap seseorang. Bukan orang dewasa saja yang mementingkan wang tapi kanak-kanak juga dah pandai main duit sekarang ni. Jadi tidak dapat dinafikan duit memainkan peranan penting dalam kehidupan sekarang ini.
Kita selalu fikir kenapa kita tak boleh kaya macam si mamat tu. Nak kata hensem tak juga. Tapi dia tu buat apa saja mesti mendatangkan duit. Itu yang musykil tu.
Yang sebenarnya, semua itu ada dalam diri kita. Bak kata orang putih ‘it’s all in our mind’.
Sebagai contoh, kalau kita nak berniaga burger tapi kita sendiri rasa was-was. Ada ke orang nak beli burger ni? Sedap ke? Aku dah la tak pernah buat burger yang best pun. Selama ni pun beli kat gerai depan rumah.
Cuba perhatikan semua statement kat atas tu. Semuanya statement yang negatif kan. Kalau dah semua negatif camana nak dapat untung yang banyak. Macam mamna orang nak yakin dengan kita sedangkan kita sendiri pun tak yakin dengan apa yang kita buat.
Tak dinafikan semua ni ada dalam diri setiap orang. Ini yang dikatakan subconscious mind atau minda separa sedar. Ia dipanggil separa sedar kerana tanpa kita sedari kita memberitahu diri kita sendiri untuk membuat sesuatu. Kita tak payah nak cakap kuat-kuat. Dengan berkata-kata di dalam hati pun dah cukup.
Affirmations
Jadi langkah pertama untuk menjadi kaya adalah kita mesti beritahu diri kita yang kita akan jadi kaya suatu hari nanti. Lebih baik lagi kalau kita tentukan time frame dan ini perlu dilakukan setiap hari. Sebagai contoh, anda nak jadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Jadi, setiap pagi selepas bangun tidur, anda akan beritahu diri anda yang anda akan jadi jutawan dalam masa 2 tahun lagi. Apabila anda ulang perkara ini setiap hari dan menjadi tabiat tanpa anda sedari setiap perkara yang dilakukan akan menjuruskan anda untuk menjadi jutawan. Tapi harus diingat, jika ia tidak datang dalam bentuk wang tunai, ia mungkin datang dalam bentuk harta benda.
Seelok-eloknya we begin small dulu. Katakan bagi anda yang bekerja tapi setiap bulan mesti tak cukup. Jadi beritahu diri anda yang anda akan dapat extra Rm500 pada setiap hujung bulan mulai bulan depan. Kadang-kadang anda pun tak tahu macam mana boleh dapat duit tu. Tapi percayalah ia akan datang kepada anda dalam bentuk yang tak disangka-sangka. Yang penting kita mesti yakin dengan apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh Alia, dia seorang businesswoman. Baru buka kedai 2 bulan tapi apa yang diimpikan tak menjadi. Pelanggan takde langsung. Satu hari dia terbaca mengenai subconscious mind dan setiap hari dia beritahu diri dia yang setiap bulan dia akan dapat untung sebanyak RM10,000. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan dia dapat apa yang diimpikan.
Tabiat ini boleh digunakan oleh semua orang lebih-lebih lagi orang yang dah tak sabar nak kaya. Mulakan hari ini. Harus diingat juga kalau di awal-awal anda tidak dapat apa yang diimpikan atau rugi bertambah-tambah, ingatlah Allah itu Maha Penyayang. Mungkin Allah bagi rugi hari ini sikit sebab Allah nak bagi rezeki yang melebih-lebih lagi di masa akan datang.
Jadi cuba lah hari ini dan ingat semua rezeki adalah dari Allah. Yang penting adalah usaha kita. Wassalam.