Surah Al-Kahfi; ayat 105
‘Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia (Allah), maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.’
Surah Al-Kahfi; ayat 106
‘Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.’
Di dalam Surah Al-Kahfi ini ada menyatakan ciri-ciri orang kafir iaitu orangĀ yang tidak mengendahkan perintah-perintah Allah di dalam Al-Quran, tidak menghiraukan ajaran rasul-rasul-Nya, tidak percayakan hari kiamat itu benar dan juga menperolok-olokkan Al-Quran dan rasul-rasul Allah.
Semoga kita tidak tergolong di kalanganorang yang disebutkan di atas. Amin….
Marilah kita lebih menghayati isi Al-Quran. Tiada guna kita membaca Al-Quran siang dan malam tanpa mengetahui makna setiap perkataan yang dibaca itu. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk.
Kita selalu tengok orang Arab yang masuk perrtandingan tilawah al-quran tak pernah jadi johan. Padahal bahasa Arab tu bahasa diorang. Tapi baca Al-Quran tak sesedap orang Malaysia yang boleh dikatakan tiap-tiap tahun jadi johan tilawah. Inilah sebabnya. Sebab diorang tu faham apa yang diorang baca. Orang Malaysia baca Al-Quran berlagu-lagu. Macam baca syair. Padahal Nabi Muhammad dah bagitahu yang Al-Quran bukanlah sebuah syair. Ia adalah petunjuk.
Jadi mulai hari ini saya rasa semua orang patut beli Al-Quran yang ada terjemahannya. Lagi bermakna kita baca Al-Quran bila kita faham apa yang dibaca. InsyaAllah….